<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2316311943192032017\x26blogName\x3dmiss+cekodok\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://miamorstories.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://miamorstories.blogspot.com/\x26vt\x3d5505614314374135174', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Welcome to MIAMOR STORIES ! Here you come read my blog. Just a simple from me to you all. I'm not sure it is a journal or diaries. So just enjoy yourself.

: syahirahtajidin, 26 april, malaysian .
+ follow |

LOVE THEM

ONE HAPPY FAMILY


ARRISA , ME , DELISHA


FUTURE ZAUJ


6 FRIENDS


BM118 Group A (GIRLSSS)




recent update :
Diyah, I falling in love (4)
written on Tuesday, May 29, 2012 @ 5:35:00 PM ✈

“Yang duduk sebelah Wafia tu,”
“Girl yang kau cakap hari tu erk?” Hamizan menyoal lagi. Zaim Ukhrowi  mengangguk laju. Hamizan dapat rasakan kehadiran perasaan cemburu di hatinya. Namun Hamizan hanya mengerutkan kening pelik dengan perasaannya.
Anis telah mengajak Syadiyah menemaninya ke bilik muzik kononnya Wafia tertinggal barang dan minta Anis hantarkan. Malangnya Saydiyah tidak dapat menghidu yang rakan baiknya hanya ingin menjeratnya.
“Mizan...aku nak tunjuk girls yang admire kat kau sesangat,”
“Yang mana? Ramai aku rasa,”Hamizan menjawab dengan angkuh.
“Kerek lu !”Wafia mula menyampah dengan Hamizan.
“Asal la kau suka DM ni ?”Wafia menyoal Syadiyah dalam hati.
“Haaa..nak sampai dah admire kau..Yang pakai baju asrama tudung hitam tu tau,”Wafia memberitahu Hamizan. Hamizan menyembunyikan dirinya di sebalik pintu. Sebaik sahaja mereka sampai di hadapan pintu bilik muzik Wafia telah menarik Anis dan menyuruh Syadiyah menunggu mereka di hadapan bilik muzik. Syadiyah hanya menurut sambil matanya ligat mencari bayang Hamizan tiba tiba Hamizan muncul dari belakang pintu. Hamizan dan Syadiyah terkejut.
“Awak ?!” serentak mereka mengeluarkan perkataan tersebut. Mereka berdua terkaku di situ. Dari jauh mereka berdua di perhati oleh Wafia,Anis dan Zaim Ukhrowi .
“Kenapa dengan diorang?” Zaim Ukhrowi  menyoal.
“Diyah suka kat Mizan tapi malu nak cakap,”Laju je Wafia menjawab tanpa menoleh melihat siapa yang menanyakan soalan itu. Setelah jawapan diberi Wafia dan Anis berpandangan sesama sendiri dan melihat di belakang mereka.
“Eh ! Abang Zaim  bila ada kat sini?”Wafia memperbetul tudungnya.
“Baru je..korang ni mengendap orang karang tumbuh ketumbir kat mata baru padan muka,” Zaim Ukhrowi  mengawal perasaan. Cemburu menguasainya namun dia berjaya menyembunyikan perasaan tersebut.
“Mana ada..Diyah tu selalu follow si Mizan. Mizan makan pun dia tengok dan menawan..Tah pape,”Wafia membebel.
“Rupanya selama ni..dia tengok Mizan bukan aku,” Zaim Ukhrowi bermonolog dalam hatinya.
Hamizan dan Syadiyah duduk berduaan di belakang bilik muzik.
“Awak suka saya ke ?” Hamizan menanyakan soalan bodoh setelah mereka mendiamkan diri selama beberapa minit tanpa sebarang soalan. Hamizan memulakan perbualan dengan soalan yang bangang baginya. Syadiyah yang terkejut dengan soalan itu cuba sedaya upaya menahan mukanya dari merah. Sebaik sahaja dia ingin menjawab soalan Hamizan telefon bimbitnya berbunyi.

Labels:


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life