<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2316311943192032017\x26blogName\x3dmiss+cekodok\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://miamorstories.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://miamorstories.blogspot.com/\x26vt\x3d5505614314374135174', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Welcome to MIAMOR STORIES ! Here you come read my blog. Just a simple from me to you all. I'm not sure it is a journal or diaries. So just enjoy yourself.

: syahirahtajidin, 26 april, malaysian .
+ follow |

LOVE THEM
tunjukkan aku jalan yang lurus
written on Monday, October 22, 2012 @ 2:32:00 PM ✈

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t
Setiap manusia mempunyai angan-angan.  Sudah pasti aku juga mempunyai angan-angan seperti manusia normal yang lain.  Post kali ini aku ingin membuat pengakuan jujur dan ikhlas dari hati.  Aku akan cerita sedikit perihal diri aku yang dahulu.  Aku seorang gadis remaja yang inginkan kebebasan seperti gadis kota yang lain.  Memberontak inginkan kebebasan keseronokan dunia.  Ingin keluar menghabiskan waktu dengan sia-sia di pusat membeli-belah mahupun di KFC ataupun McD.  Namun sejak peristiwa Tsunami dan berleluasanya perang di negara negara Islam hati kecil aku mula terdetik.  Tambahan lagi ura ura bahawa negara Palestin yang dijajah selama 64tahun(15/5/1948-2012) itu bakal merdeka dari rejim zionis.  Hatiku terus gelisah bukan kerana negara itu bakal merdeka tetapi pada Al-Quran telah tertulis firman Allah bahawa jika Palestin bebas dari serangan kaum Yahudi maka bersiap sedia la untuk menghadapi kiamat.  Aku insan yang bergelumang dengan dosa. Jika dunia ini hancur apakah amalan yang aku bawa untuk ditimbang di padang masyhar nanti? aku tidak ingin ke neraka. Sudah tentu kamu semua pun samakan?  Sejak dari itu hatiku diserang perasaan yang gelisah. Takut.  Mati dan kiamat itu pasti kerana itu kita kena siapkan amalan kita selengkap mungkin.  Setiap malam aku diburu mimpi tsunami bumi dihancurkan dan setiap malam aku berada dalam ketakutan.  Sehinggalah aku percaya ini mungkin titik untuk aku berubah ke jalan Allah.  Jika aku mengejar keseronokan dunia itu hanyalah keseronokan sementara.  Aku sedikit demi sedikit belajar ilmu agama.  Aku berhasrat ingin bertudung labuh dan aku menyatakan hasrat itu kepada keluargaku namun mereka ketawakan aku mungkin memikirkan aku hanya bergurau.  Aku pendam perasaan itu walaupun sebenarnya membuak buak perasaan ingin bertutup litup.  Insyallah.  Suatu hari nanti.  Aku ingin mati dalam keadaan beriman.  Mati dalam keadaan yang diredhai dan aku ingin seorang pendamping yang boleh memimpin aku ke syurga.  Alhamdulillah.  Perubahan sudah berjalan lancar namun masih banyak yang perlu aku perbaiki.  Aku berasa tenang.  Aku tidak pernah berasa seperti tenang begini.  Kini jika aku gelisah minda ku terus berkata "SOLAT". Ya kini jika hatiku terasa tidak tenang aku terus mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat hajat.  Ketika aku berada dalam keadaan berwuduk aku memandang wajahku dicermin.  Nampak tenang.  Sejak sekarang sebaik sahaja aku berwudhuk,memakai telekung dan selesai solat aku akan memandang cermin kerana aku berasa sangat tenang dan indah ketika itu.  Beberapa hari lepas setelah aku mengerjakan solat tahajjud.  Hati aku meronta ronta ingin berjemaah dimasjid.  Oleh kerana aku tidak pandai membawa kereta ataupun motorsikal aku menyatakan hasrat itu kepada adik aku dan meminta dia menghantar aku ke masjid yang berdekatan dengan rumah kami. Namun adik aku tergelak dan menyatakan "kakcik ni betul ke? ke dah buang tebiat? Tak pernah pernah" aku hanya ketawa.  Mengapa?  Terlalu aneh ke perubahan aku?  Tidakkah kamu semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan aku?  Andai perubahan ini sebagai tanda sebelum aku meninggalkan dunia ini buat selamanya sepatutnya kami mengucapkan Alhamdulillah kerana aku tidak lagi seperti dahulu yang sering meninggalkan solat fardhu.  Namun setiap usaha kita dalam menghadapi perubahan pasti ada sahaja dugaan.  Ya dugaan iaitu godaan dari syaitan yang direjam yang telah bersumpah akan merosakan anak cucu Nabi Adam.  Syaitan yang tidak pernah jemu untuk mengoda manusia agar melakukan apa yang dilarang Allah.  Cukup la.  Aku tidak mahu terus menerus menderhaka kepada Allah.  Aku tidak mahu kerana aku tidak menunaikan solat habis ibu dan bapa aku turut sama diheret ke neraka kerana kesalahan aku.  Masyallah.  Andai aku diseksa dineraka cukup la sekadar aku yang diseksa jangan la ibubapa aku turut diseksa kerana kekhilafan aku.  Semoga perubahan aku ini diredhai Allah dan dipermudahkan.  Insyallah. Amin.

Sekian dari saya , hamba yang mencari cahaya keimanan.


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life