<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2316311943192032017\x26blogName\x3dmiss+cekodok\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://miamorstories.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://miamorstories.blogspot.com/\x26vt\x3d5505614314374135174', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Welcome to MIAMOR STORIES ! Here you come read my blog. Just a simple from me to you all. I'm not sure it is a journal or diaries. So just enjoy yourself.

: syahirahtajidin, 26 april, malaysian .
+ follow |

LOVE THEM
bukan pengalaman yang pertama tapi kenangan yang pertama
written on Thursday, October 4, 2012 @ 9:07:00 PM ✈

Ini mungkin bukan pengalaman pertama Miss. Cekodok tapi Miss. Cekodok berharap ini pengalaman terakhir Miss. Cekodok.  Kenangan yang tak mungkin Miss. Cekodok lupa.  Mungkin terlalu awal untuk Miss. Cekodok cerita.  Walaupun Mr. Lidi dah lama berada di friendlist FACEBOOK Miss. Cekodok namun tak pernah Miss. Cekodok hirau kemunculannya sehingga la suatu malam Miss Cekodok terpandang statusnya tentang WHATSAPP.  Miss. Cekodok pun dengan tidak semena mena komen status Mr. Lidi ajak whatsapp.  Miss. Cekodok pun dengan pantas pergi ke Inbox Message Facebook dan memberi nombor whatsapp Miss. Cekodok tu *tak malukan?*.  Di situ la semuanya bermula.  Mungkin selama ni kita sering dengar cerita cinta di 'FACEBOOK','MYSPACE','TWITTER' dan ini merupakan cinta whatsapp mungkin.  Pada permulaannya kami jarang ber'Whatsapp' ni. Panggilan kami pun hanya la saya awak. Tapi setelah kami selidik selidik.  Mr. Lidi ni merupakan anak lelaki tunggal dan merupakan anak sulong daripada 3 adik beradik.  Disitu bermula la gelaran Kakcik Along.  Pada mulanya hanya berwhatsapp selepas itu berchatting difacebook.  Lama kelamaan Miss. Cekodok memberanikan diri dengan meminta kebenaran untuk berbual ditelefon.  Pada mulanya, Mr. Lidi malu tapi akhirnya Mr. Lidi setuju.  Hati Miss. Cekodok masa tu berbunga bahagia.  Kenapa? Tah Miss. Cekodok pun tak mengerti.  Selepas dari itu Miss. Cekodok dan Mr. Lidi setiap hari berbual ditelefon.  Pada mulanya kami berbual menggunakan nombor rakan biliknya keesokkannya menggunakan nombor adiknya seterusnya Mr. Lidi membeli nombor celcomnya sendiri.  Sejak dari hari itu, kami berhubung setiap saat sehingga la waktu tidur. Tapi masing masing hanya mendiamkan diri tidak menceritakan tentang perihal hati masing masing.  Yang tidak dapat Miss. Cekodok lupa,  apabila kami berSMS dalam masa yang sama kami akan berWhatsapp juga. Bila kami bergayut kami akan  bercomment di facebook.  Entah bila yang Miss. Cekodok mengatakan perasaan suka Miss. Cekodok.  Dan Miss. Cekodok tak boleh lupa ayat Mr. Lidi:

kalau along tak suka kakcik..along tak reply dah mesej tak layan dah kakcik call..

bila ditanya kenapa tak cakap.  Jawapanya mudah. Malu.  OK. Miss. Cekodok tak malu. hihih. Kami seperti pasangan kekasih. Wall post Miss. Cekodok kat Mr. Lidi buat rakan sebilik aku fikir aku bercinta tapi merahsiakan hal tu.  Time tu aku sudah diejek ejek. Malu? Agak la. huhu
Malam tu time kami berbual bual. Mr. Lidi keluarkan statment "jauh dimata dekat di hati" padahal dalam masa yang sama Miss. Cekodok pun terfikirkan ayat yang sama.
Status tu sekali lagi mencetuskan kontroversi.Hahaha..Tapi yang tidak akan Miss. Cekodok lupa.  Banyak persamaan yang ada pada kami.  Umur ayah Mr. Lidi 53 sama umur dengan ayah Miss. Cekodok. Ayah seorang anggota Polis sama seperti ayah Miss. Cekodok   Ibunya seorang pembantu tadika di tadika kemas berdekatan rumah Mr. Lidi.  Sekali lagi persamaan, mak Miss. Cekodok merupakan pengasuh.  Bidang kerja yang sama. ( : Minat makanan yang sama tetapi yang membezakan kami jantina sudah tentu berbeza.  Miss. Cekodok seorang yang talkactive dan Mr. Lidi lebih banyak diam.  Pemalu. Miss. Cekodok anak ke4 dari 5 adik beradik. Mr. Lidi hanya 3 adik beradik dan anak sulong. Mungkin harapan Miss. Cekodok sama seperti gadis lain.  Mengimpikan perhubungan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat bersama pasangan yang boleh membimbing dan menjadi imam. Begitu la juga harapan Miss. Cekodok   Mungkin terlalu awal atau terlalu perasaan. Tetapi tidak mengapa jika kita berangan kerana suatu kejayaan itu bermula dengan angan angan. Insyallah harapanku menjadi nyata untuk menjadi teman hidup Mr. Lidi.

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life