<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2316311943192032017\x26blogName\x3dmiss+cekodok\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://miamorstories.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://miamorstories.blogspot.com/\x26vt\x3d5505614314374135174', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Welcome to MIAMOR STORIES ! Here you come read my blog. Just a simple from me to you all. I'm not sure it is a journal or diaries. So just enjoy yourself.

: syahirahtajidin, 26 april, malaysian .
+ follow |

LOVE THEM
Diyah, I falling in love (11)
written on Tuesday, May 29, 2012 @ 5:41:00 PM ✈

“Kita tanya dia letak pula?” Syadiyah melihat telefon bimbitnya.Dia hanya menggelengkan kepalanya.
Selepas kuliah Syadiyah tamat dia terus bergegas ke tempat letak kereta. Namun langkahnya terhenti apabila ada yang menyapa.
“Diyah ? Ni Zaim..kenal tak?”
“Zaim Ukhrowi?” Zaim mengangguk.
“Kita jadi junior senior lagi..student sini kan?”Zaim menyoal.
“Yup..,”Syadiyah tersenyum mekar. Perbualan mereka tidak berakhir di situ. Mereka berbual panjang setelah enam tahun tidak berhubungan.
“Takpe la Zaim..Diyah nak kena balik,”
“Okay...assalamualaikum,”Zaim melambai tangannya.
“Comel macam dulu,”Zaim berkata sendiri.
Seperti biasa Hamizan akan makan di kedai makan kegemarannya. Hamizan dan Zaim Ukhrowi sering terserempak di kedai makan yang sama namun tidak pernah bertegur sapa. Namun malam itu Zaim telah pergi menegur Hamizan.
“Mizan..ke sini kau,”Zaim memanggil.
“Pehal mamat ni..tak cukup lagi ke gaduh 6 tahun lepas?”Hamizan mendengus.
“Apa?”Hamizan menyoal Zaim.
“Dah jumpa Diyah,”
“Dah,”Hamizan malas menjawab.
“Dah tahu la dia nak pergi sambung study kat oversea?” Hamizan memandan g meminta kepastian.
“Erk...tahu...,”Hamizan menipu.
“Tapi yang kelakarnya nak sambung study nak bawa anak saudara dia. Mula mula aku ingat anak dia. Terkejut juga aku” Zaim cerita lagi.
“Anak saudara?”Hamizan terkedu. Sangkaannya selama ini meleset. Itu bukanlah anak Syadiyah tapi anak saudaranya.
“Asal ? Kau ni macam tak tahu je,”Zaim menyoal. Hamizan terus berlari ke arah motosikalnya. Dia cuba menghubungi Syadiyah beberapa kali namun peti suara yang menjawab.
“Assalamualaikum..siapa ni? Maaf la saya charge telefon tadi,”
“Diyah, I falling in love,”sebaris ayat dari Hamizan membuat Syadiyah terkedu. Dia menelan air liur. Terdiam seribu bahasa.
“Saya Muhammad Hamizan Binti Azlan dah 6 tahun menyimpan perasaan kat Syadiyah tapi tak sempat nak cakap sebab ada orang lari,”
“Binti ?” Syadiyah ketawa dicorong telefon.
“Eh...bukan bin,”Hamizan mengawal malu.
Akhirnya mereka bersatu setelah 6 tahun menyimpan perasaan.
“Lepas ni  awak dah tak boleh lari macam 6 tahun lepas,”Hamizan berbisik di telinga Syadiyah selepas selesai menyarungkan cincin. Syadiyah hanya menunduk malu. Berbunga bahagia.

-TAMAT-

Labels:


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life