<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2316311943192032017\x26blogName\x3dmiss+cekodok\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://miamorstories.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://miamorstories.blogspot.com/\x26vt\x3d5505614314374135174', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Welcome to MIAMOR STORIES ! Here you come read my blog. Just a simple from me to you all. I'm not sure it is a journal or diaries. So just enjoy yourself.

: syahirahtajidin, 26 april, malaysian .
+ follow |

LOVE THEM
Dua jiwa satu cinta
written on Tuesday, October 30, 2012 @ 8:28:00 PM ✈

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Setiap insan yang bergelar manusia pernah merasa CINTA.  Cinta mempunyai pelbagai definisinya yang tersendiri.  Kadangkala aku pun keliru dengan makna cinta yang sebenar.  Adanya yang mengatakan cinta itu  FITRAH, SUCI, MULIA dan HAKIKI.  Namun fahamkah kita apa makna cinta yang sebenarnya?  Hal ini tidak pernah aku fikirkan sehinggalah aku mengenali dua orang insan yang bergelar lelaki.  Ini bukan dek kerana terkeliru antara suka ataupun cinta namun antara yang benar mahupun perasaan.  Aku sendiri kadangkala tak mampu berfikir.  Kadangkala penat berfikir.  Hari ini aku telah nekad membuat keputusan yang mungkin membuatkan aku kehilangan dia.  Dia, insan yang pernah aku cerita dientry sebelum ini.    Setelah aku meluahkan rasa untuk mengurangkan hubungan komunikasi kami.  Dia lebih banyak mendiamkan diri.  Aku seperti dapat menduga apa yang bermain difikirannya.  Aku acap kali meminta maaf bukan kerana aku sudah bosan dengan dia mahupun sudah ada pengganti lain tetapi aku hanya ingin menjaga hati kami.  Untuk pengetahuan kalian, aku la perempuan yang pertama yang dia suka dan berhubung mesra.  Ya Allah, setelah aku tahu hakikat itu.  Aku berasa sangat bertuah namun kadang kala aku berasa bersalah.  Andai kami tidak dijodohkan bersama kasihan akan pasangan dia.  Kerana hati dia telah menyukai insan lain sebelum dia menyukai yang halalnya.  Tetapi aku hanya mendiamkan diri.  Bimbang takut dia terasa hati.  Insan yang lagi seorang, mungkin layak bergelar abang.  Dia muncul sebagai seorang motivator kepadaku.  Dia banyak mengajar dan menasihatkan aku tentang cinta dan nafsu.  Dia banyak memberi tips bagaimana aku perlu lakukan untuk mengawal nafsu dan menjaga hati aku dari terus menerus dinoda dengan titik hitam.  Sepanjang perkenalan kami, aku tidak cerita hal Mr. Lidi kepadanya.  Bimbang dimarahi namun setelah aku ceritaka kepadanya dia agak terkilan namun dia mengerti.  Katanya hati bukan seperti komputer.  Boleh 'delete' bila bila kita nak.  Dia tidak meminta aku meninggalkan Mr. Lidi demi mengubah diri kearah kebaikan namun dia hanya ingatkan aku agar terus menjaga hati. Hadkan pergaulan kami bimbang dihasut syaitan.  Katanya lagi syaitan bijak memanipulasikan keadaan.  Kita akan melihat hal itu seperti suatu kebaikan walhal itu adalah satu keburukan.  Dan kata katanya itu selalu aku ingat dan tak pernah aku lupa.  Namun katanya:
"doa tanpa usaha tak cukup,
usaha tanpa usaha yang bersungguhsungguh tak cukup,
usaha yang bersungguh sungguh masih tidak cukup tanpa hati yang mahukan..
yakni ikhlas"

semasa dia nasihatkan aku dia ada kata:
"saya seperti seorang guru, 
yang nampak gambaran sebenar masa depan yang awak lalui, 
dan cuba tunjukkn gambaran tu pada anak murid saya,
tapi terkadang anak murid saya juga seperti anak murid lain,
suka perkara yang dilarang,
melanggar juga peraturan sekolah,
hendak dirotan bimbang makin lari dan berhenti sekolah"

sambungnya lagi:

"akhirnya saya teruskan juga didikan..
terkadang lembut terkadang keras"
"hari ini saya bakal 'merotan' sekali lagi anak murid merangkap adik saya ni...
rotan yang saya angkat, bersama dengan air mata tidak meredhakan rotan tersebut dihayun"

ketika itu aku hanya mendiamkan diri kerana aku tahu dia nasihatkan aku benda yang sama berulang kali "jaga hati" itu la key point dia.  Dia tidak mahu aku memberi hati kepada bukan suamiku. Dia tidak meragui hati Mr. Lidi untuk menjaga hubungan tapi dia bimbang syaitan takkan pernah tidur untuk memastikan kami jatuh dalam hubungan yang tak diredhai.  Dia cakap cinta tu akan hidup dengan baik andai dididik dengan baik dan menjadi jahat jika dididik dengan kejahatan.  Syaitan akan terus berusaha agar mengheret cinta aku dan Mr. Lidi ke arah kejahatan.  Aku berbelah bahagi.  Ya, akhirnya aku meluahkan rasa aku  kepada Mr. Lidi.  Dan dia hanya berdiam dan menerima pemintaanku.  Namun aku tahu dimemendam sesuatu entah dari mana aku mendapat kuasa yakni kuasa yang boleh memahami seolah olah dapat membaca fikirannya.  Dia sedikit kecewa kerana 'abang' aku seolah olah menganggap dia jahat.  Mungkin silap aku kerana terlalu lurus menceritakan hal yang 'abang' aku katakan.  Namun awak perlu tahu itu bukan niat 'abang' saya.  Kini hati aku redha.  Redha jika ditinggalkan.  kerana aku percaya andai dia memang dititipkan buat aku dan aku dititipkan buat dia takkan lari gunung dikejar.  Terpisah la kami beribu batu andai dia jodoh aku Insya'Allah kami akan tetap bersama. Cuma aku dan Mr. Lidi harus meminta kepadaNya agar kami bersama. itu satu satunya usaha yang perlu aku dan dia lakukan.  Kata 'abang' aku tu lagi..untuk kita tahu yang mana cinta nafsu dan yang mana cinta syaitan adalah melalui amalan.  Jika kita teringatkan seseorang itu dan kita merasa seperti nak SMS/Call dia itu adalah cinta yang datangnya dari syaitan dengan tujuan untuk melalaikan kita.  Namun jika cinta sejati, ianya akan membuatkan kita makin dekat dengan Allah.  Kenalpasti yang mana cinta kita.  Sama ada cinta syaitan mahupun cinta sejati? Buat Mr. Lidi, andai awak membaca blog saya sekarang, saya nak awak tahu hati saya sedang bersarang dengan perasaan bersalah.  Jika kata kata saya menguris perasaan awak.  Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.  Saya hanya nak hubungan kita hubungan yang mendapat berkat dan diredhai kerana hati saya betul betul suka betul betul nak awak jadi Imam saya, tapi andai hanya berkeinginan tetapi tidak berusaha tiada hasil bukan?  Saya takut ditinggalkan awak bimbang hati berasa kehilangan seorang yang berharga namun andai itu takdir yang tersurat.  Saya terima. Saya percaya hero selalu akan menang bila  akhir cerita bukan?  Saya harap kisah kita pun macam tu.  Semoga hubungan kita akan menang bila saya dengar lafaz "aku terima nikahnya" dari awak. Amin.....( :

"Bila dia diri mencintai Ilahi,
bergabunglah jiwa, bersatulah hati.
Dua jiwa satu cinta,
dua jasad satu matlamat.
Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah, 
bila rindunya Kau yang satu,
bertemu pasti tidak jemu.
Ukhwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.

Cinta itu fitrah, fitrah itu suci.
Suci daripada maksiat.

Kalau cintakan seseorang,
berhubunglah melalui doa.."

Insya'Allah...akan sentiasa saya ingat dan Insya'Allah akan saya praktikkan.

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life