Welcome to MIAMOR STORIES ! Here you come read my blog. Just a simple from me to you all. I'm not sure it is a journal or diaries. So just enjoy yourself.
: syahirahtajidin, 26 april, malaysian .
+ follow |
LOVE THEM
|
PUNYA HATI TAPI TAK PUNYA CINTA
written on Sunday, November 3, 2013 @ 7:36:00 PM ✈
Nama aku Salina Abu Bakar. Namun rakan-rakan lebih gemar memanggil aku
dengan gelaran Sherry. Gadis biasa yang masih
tercari-cari identiti diri dan makna kehidupan.
Bercinta? Remaja sekarang tak
bercinta? Maunya tak. Mesti la pernah. Tapi putus ditengah jalan. Biasalah, cinta monyet beruk ni mana nak
kekal lama. Paling lama 3,4 bulan. Itulah kisah percintaan aku. Kelakarkan remaja sekarang. Tak remajalah kalau tak kenal apa itu ‘couple’. Kadang-kadang aku sendiri tertanya-tanya
mengapa perlu bercinta. Penting ke? Tak boleh hidup ke tanpa cinta. Sudah setahun membujangkan diri dengan kisah
cinta yang sering sahaja ada kisah tentang orang ke-3. Ala-ala drama pun ada kadang-kadang. Nak tergelak bila teringat.
Namun, perancangan Allah itu hebat. Allah aturkan semua itu bersebab. Subhana’Allah. Rasa lelah hendak mencari
cinta manusia yang kita tidak tahu sejauh mana kejujuran mereka. Aku terdetik untuk mencari cinta yang abadi
yakni cinta Illahi. Alhamdulillah. Sepanjang waktu aku mencari Nur yang hilang,
aku dihadiahkan dengan rasa damai yang sangat indah. Cukup cukup indah sehingga tidak dapat
ditafsirkan dengan kata-kata. Rasa sebak
apabila teringat masa-masa silam ku yang terleka dengan duniawi yang
membolehkan aku terdedah kepada fitnah dunia.
Nauzubillah.
Dalam pencarian kedamaian, aku terjumpa dengan seorang
jejaka yang membuat aku jatuh cinta setelah sekian lama melarikan diri dari
mengejar cinta manusia. Berusaha untuk
melarikan diri namun, tidak boleh disangkal.
Ingin sayang dan disayangi itu fitrah manusia. Akhirnya, aku berhenti melarikan diri. Aku dan dia mula berkenalan. Dari sahabat menjadi rapat dan semakin
rapat. Setelah berberapa bulan berkenalan
barulah kami keluar bersama. ‘Dating’ sebenarnya. Jarak berjalan Nauzubillah. Punya la jauh. Dia pun malu-malu tapi aku pula tak berapa
nak malu. Kagumnya pandang ciptaan Allah
yang sangat sempurna. Dia terkebil-kebil
malu.
Setelah lama berkawan, erti lain bercinta. Maaf malu nak cakap ‘straight to the point’. Kami mula mengikat janji untuk bersama. Jarak yang memisahkan kami. Alhamdulillah. Jauh sikit dari nafsu nak ber’dating’. Setelah lama berkenalan, hubungan makin akrab
dan kami mula berkongsi cerita. Orangnya
suka bercerita namun, aku dapat merasakan tidak semua cerita dia kongsikan. Dia memohon maaf kerana aku bukan cinta
pertamanya. Dia pernah bercinta sebelum
mengenali aku. Baiknya hati. Aku yang sepatutnya memohon maaf. Aku cinta ke-2 dia. Tapi dia cinta entah ke berapa aku. Kelakar.
Dia pernah meminati saudara dia.
Biasalah bila selalu jumpa mesti punya jatuh cinta. Aku pun pernah ‘admire’ sepupu aku dulu. ‘Normal’ lah.
Aku tak kisah pun. Tetapi jauh disudut
hati aku tahu sebenarnya dia bukan sekadar minat tapi pernah bercinta. Tetapi aku hanya mendiamkan diri tidak mahu
membesarkan hal.
Aku memberi peluang untuk dia melupakan cinta pertamanya,
namun setelah setahun lebih kami menyemai cinta rupanya aku cuma punya hati dia
tetapi tidak cintanya. Ketika rahsia
terbongkar hati ini rasa luluh hanya Allah yang tahu. Jika cinta pertama dia tak kahwin lagi
rasanya sampai mati aku tak tahu rahsia tu.
Rupanya aku cuma bertepuk sebelah tangan. Lantaran terlalu sedih, aku menghilangkan
diri dari dia. Aku tidak menghubunginya
dan menyekat panggilan masuk. Aku
perlukan masa. Ketika aku bersedih aku
tahu aku masih ada Allah bersama aku. Walaupun
aku berbahagia dengan cinta manusia, tetapi cinta Allah tidak aku lupa. Kerana cintakan Allah aku tidak berputus asa
dan terus kecewa. Aku mendoakan yang
terbaik untuk kami berdua. Jika memang
dia ditakdirkan untuk menjadi imamku.
Aku terima seadanya. Mungkin
Allah turunkan ujian untuk kita memohon kepadaNya dan terus kuat berpegang
teguh kepada cintaNya kerana aku percaya perancangan Allah itu hebat.
Setelah sebulan
kami terpisah, aku menjalani hidup seperti hamba Allah yang lain mungkin dia
juga begitu. Mungkin dia bahagia seperti sedia kala. Pada suatu malam, aku dihubungi oleh
ibuku. Terkejut nasib tak jadi beruk
apabila di beritahu ayahku mendapat panggilan.
Panggilan yang menyatakan hasrat untuk meminangku. Kecewa masih bersisa mahu memberi jawapan
jadi serba tak kena. Lalu teringat akan
nasihat ibuku sebelum dia memutuskan talian.
“Terpulang
kat Ina, pilihan ada di tangan Ina.
Minta
petunjuk dari Allah nak, Dia Maha Mengetahui.
Tapi mak
percaya budaknya anak yang soleh.
Perasaan
seorang ibu tak pernah menipu,”
Ayat itu terngiang-ngiang
di gegendang telinga aku. Lalu aku terus
bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Di hamparnya sejadah lalu disarung kain
sembahyang. Mudah-mudahan mendapat
petunjuk dariNya.
Allahu Akbar. Aku
bermimpi aku telah bernikah. Terbayang
bayang wajahku yang ceria saat sang suami melafaz terima nikah.
“Aku
terima nikahnya Salina Binti Abu Bakar,
dengan
mas kahwinnya, RM64 tunai,”
Aku terus terfikir. Inikah petunjuk Allah? Mungkin aku harus lupakan dia yang pernahku
kenal. Cinta tak semestinya bersama
lagipun cintanya bukan untuk aku. Mungkin
bukan jodoh kami seperti mana cinta monyet dan berukku yang sebelum ini.
Seperti
tarikh yang dijanjikan, rombongan meminang sudah sampai. Namun tidak boleh dinafikan, jauh disudut
hati aku masih mengharapkan itu sebenarnya rombongan dari si dia tapi malangnya
ini bukan lakon layar. Lakonan yang
dipentaskan dan dialog berdasarkan skrip, ini kehidupan yang sebenar. Aku harus kembali di alam realiti. Ya.
Ini bukan rombongan dari dia. Aku
kini sudah menjadi tunangan orang. Aku
harus belajar melupakan dia dan harus mengenali tunangku. Alhamdulillah, tunangku dapat menerima aku
dengan seadanya. Kami bertunang hanya
selama 3 bulan dan akan dilangsungkan akad nikah tidak lama lagi. Kemana dia menghilang? Dia sering memerhatikan aku dan aku berpura
pura tidak melihatnya. Jauh di sudut
hati ini amat sedih melihat dia kecewa untuk kali ke-2. Dia sebenarnya sedang mengumpulkan duit untuk
meminangku namun hasratnya tidak kesampaian apabila mengetahui aku bakal
menjadi isteri orang. Maafkan aku kerana
meninggalkan kau di saat kau cuba untuk belajar mencintai aku. Aku terus
menghukum dan meninggalkan kau. Aku
selalu mendoakan kebahagiaan kau.
-TAMAT-

we live under the same sky
“To put away aimlessness and weakness, and to begin to think with purpose, is to enter the ranks of those strong ones who only recognize failure as one of the pathways to attainment; who make all conditions serve them, and who think strongly, attempt fearlessly, and accomplish masterfully.”
- James Allen Quotes
Sometimes I wonder how people see me and what they think of me. It scares me a bit, honestly. I am sure though, that what they think of me,
what they think my life is, is a complete misperception. I have always tried to show myself as a carefree person, as someone who wont get bothered
because of public judgements. I am sure my friend and family think there is nothing going wrong in my life, that I do not worry enough, that
I am always happy. And I am sure they probably somewhat hate me for it because, lets admit it, there is nothing worse than seeing someone
who is life seems so perfect while yours is a complete mess. Truth is, I have become an expert at pretending. I think we are all experts
or at least we are getting there.
|
my sunshine
links exchanged opened! just tag me but link me first
|
link
coming soon....
|